Pembangunan dan keluaran Chase:_Cold_Case_Investigations_-_Distant_Memories

Chase dibangunkan oleh Arc System Works yang terdiri oleh bekas kakitangan dari studio Cing, termasuk pengarah Taisuke Kanasaki. Permainan ini secara naratif dan tematik serupa dengan Hotel Dusk: Room 215 dan Last Window: The Secret of Cape West, permainan detektif yang dikembangkan oleh Cing sebelum penutupannya akibat muflis.[2]

Permainan ini dikeluarkan di Jepun sebagai permainan digital sahaja untuk Nintendo 3DS eShop pada 11 Mei 2016. Aksys Games mengendalikan penyetempatan dan menerbitkan permainan ini untuk Amerika Utara dan Eropah pada 13 Oktober 2016.[1][3][4]